Anwar berucap sebelum merasmikan Pesta Kebudayaan Cina Malaysia Kali Ke-41 di Encore Melaka, malam ini.

MELAKA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur parti politik supaya tidak terus menggunakan isu perkauman sebagai modal untuk meraih sokongan sehingga menyebabkan masyarakat berpecah.

Perdana Menteri berkata, pengalaman sejarah menunjukkan isu kaum sering digunakan ketika berlakunya perselisihan politik atau apabila sesebuah pihak berada dalam keadaan terdesak.

Beliau berkata, keadaan itu perlu dihentikan kerana Malaysia merupakan negara yang dibina oleh masyarakat berbilang kaum dan semua rakyat mempunyai tempat dalam negara ini.

Anwar (tengah) hadir bagi merasmikan Pesta Kebudayaan Cina Malaysia Kali Ke-41 di Encore Melaka, malam ini.

“Jadi saya nak seru pada rakan-rakan, ini bukan isu politik, isu survival of Malaysia as a nation. Kita harus ada keberanian untuk mengatakan enough is enough.

“Kita mahu negara ini, Malaysia, menjadi negara kita semua. Kita semua adalah sebuah keluarga! Saya sebut puluhan tahun yang lalu, dan sekarang saya nak beritahu, I will not compromise!

I will say loud and clear: Malays, Chinese, Indians, Sabahans, Sarawakians, this is our nation! We must make sure that we survive as a nation of all communities! No fear, this is our country!,” (Saya akan katakan dengan lantang dan jelas: Melayu, Cina, India, rakyat Sabah dan Sarawak, ini negara kita! Kita mesti memastikan kita terus bertahan sebagai sebuah negara yang dihuni oleh semua kaum dan komuniti! Jangan takut, ini negara kita!),” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan perasmian Pesta Kebudayaan Cina Malaysia Kali Ke-41 di Encore, Melaka, malam ini yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong.

Mengulas lanjut, Anwar dalam nada kesal berkata, negara sudah hampir 70 tahun negara mencapai kemerdekaan, namun masih terdapat perbincangan dan pertelingkahan berkaitan kaum yang tidak melambangkan semangat kebangsaan.

“Tak habis-habis lagi nak bincang, gaduh, negeri siapa? Negeri kita! Bila saya sebut negeri kita, tidak bermakna saya nak rendahkan kedudukan orang Melayu, tidak, atau Raja-Raja Melayu, tidak.

“Dalam Perlembagaan kita terima tetapi penting untuk kita tekankan supaya anak-anak kita tak rasa mereka itu asing,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here