
KUALA LUMPUR – YTL Corporation Berhad dan YTL Power International Berhad mengumumkan kekosongan bagi jawatan pengerusi berikutan kematian Tan Sri Yeoh Tiong Lay.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kedua-dua syarikat itu berkata, perubahan dalam lembaga pengarah itu berkuatkuasa semalam.
Tiong Lay yang merupakan pengasas Kumpulan YTL meninggal dunia semalam pada usia 88 tahun. – MalaysiaGazette