Ibu, Normah Yusof, (tiga kiri) memeluk erat cucu Askara Alfatih Ali (tengah) yang merupakan anak kepada Nurul Farhana (dua kanan) yang melarikan diri bersama seorang warga Indonesia selama 2 tahun sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), Sepang sambil diperhatikan Ahli Parlimen Sungai Besar, Yb Budiman Mohd Zohdi (kanan). foto HAZROL ZAINAL, 20 OKTOBER 2017.

SEPANG – Tinggal di perkampungan yang serba kekurangan dan daif di Indonesia punca Nurul Farhana, 25, bertindak membuat panggilan kepada ibunya di Sekinchan memohon bantuan untuk membawanya pulang.

Menurut Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Zohdi yang berjaya membawa pulang wanita itu hari ini berkata, hidup Nurul Farhana kian sengsara apabila ditinggalkan suami sejak tiga bulan.

“Suaminya telah menghilangkan diri. Kehidupan dia sangat teruk. Dia tinggal bersama anak dan saudara suaminya di kampung yang daif dan serba kekurangan di Batu Bara,” kata Budiman.

Nurul Farhana dipertemukan dengan ibunya, Normah Yusof, 51, di perkarangan balai ketibaan KLIA2.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan balai ketibaan apabila beliau disambut lebih 20 ahli keluarganya yang datang daripada Sekinchan.

Mengulas lanjut, Budiman berkata, konflik keluarga dikesan menjadi penyebab kepada kehilangan Nurul Farhana, dua tahun lalu.

“Saya boleh katakan ini melibatkan konflik keluarga yang menyebabkan dia ke Medan.

“Mungkin dia fikir ada sinar untuk dia di sana tapi apabila dia berada disana, perkara itu berlaku sebaliknya,” tambah Budiman. -MalaysiaGazette.

Nurul Farhana dijangka pulang ke Malaysia esok

1 Komen

Comments are closed.