Penduduk Thailand yang menghadiri upacara pengebumian Raja Bhumibol Adulyadej di Grand Palace, Bangkok. foto BBC

BANGKOK – Ribuan rakyat Thailand berkumpul bagi upacara pengebumian selama lima hari untuk Raja Bhumibol Adulyadej, Raja Thailand yang meninggal pada Oktober tahun lalu.

Persiapan – termasuk di bangunan kompleks pembakaran besar berhampiran Grand Palace – telah dilakukan hampir setahun.

Dijangka seramai 250,000 orang akan menyertai upacara itu.

Pembakaran mayat akan diadakan pada hari Khamis ini oleh Raja Maha Vajiralongkorn.

Abu mayat itu akan dikutip dan dibawa ke istana pada hari Jumaat, diikuti dengan dua acara lagi. – MalaysiaGazette