Home #Bajet2018 Diskaun pinjaman PTPTN dilanjutkan

Diskaun pinjaman PTPTN dilanjutkan

KUALA LUMPUR – Kerajaan melanjutkan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga Disember tahun depan.

Perdana Menteri berkata, potongan itu membabitkan 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

Manakala 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran dan 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau arahan debit mengikut jadual.

“Bagi pelajar dari keluarga B40 yang mengikuti kursus berboleh pasaran tinggi, sejumlah RM200 juta ditambah untuk menaikkan jumlah pinjaman maksimum,” katanya semasa pembentangan Bajet 2018.

Malah, tempoh pembayaran balik pinjaman dilanjutkan kepada 12 bulan setelah tamat pengajian.

Najib menambah, peminjam yang menyambung pengajian dibenarkan menggabungkan pinjaman diploma dan ijazah dalam satu pinjaman dan perlu membuat bayaran balik selepas tamat pengajian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast