Tan Seng Giaw

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri hari ini membaca pantun tulisan Tan Seng Giaw merujuk kepada tragedi tanah runtuh Tanjung Bungah di Pulau Pinang.

Seng Giaw merupakan veteran DAP yang juga Ahli Parlimen Kepong.

“Berkait ini, kita terkejut dengan tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah, Pulau Pinang pada Sabtu lepas, yang telah menimbus lebih 20 mangsa, dan 11 daripadanya disahkan meninggal dunia.

“Dengan tidak disangka-sangka, terbitnya serangkap keluhan, bagi meratapi
peristiwa ngeri itu.

“Yang terlebih syahdu, kerana ia dinukilkan sendiri oleh Ahli Parlimen
DAP yang kita segani dari sebelah sana, Yang Berhormat Kepong,
bertajuk, “Tanah Runtuh di Lereng Bukit” di ruangan Twitternya yang berbunyi;

Ibu jaga anak kan sakit,

Darah tubuh beban kesihatan,

Pemaju bina leretan bukit,

Tanah runtuh korban insan.

“Sebetulnya apa kias yang YB Kepong ingin sampaikan, hanya Tuhan sahaja yang tahu,” kata Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2018 di Parlimen petang ini.

Seng Giaw sebelum ini pernah menafikan Perdana Menteri terlibat dalam skandal 1MDB.

Menurut Najib, untuk mempastikan pembangunan lestari sebanyak RM5 bilion disediakan di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau bagi menggalakkan pelaburan industri teknologi hijau.

“Kedua, melaksanakan Program Non-Revenue Water untuk mengurangkan kadar purata kehilangan air dengan kos RM1.4 bilion dn ketiga membina Off-River Storage sebagai sumber air alternatif dengan kos RM1.3 bilion ringgit dan RM517 juta disediakan untuk rancangan tebatan banjir,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast