Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Said Sabri di pejabatnya di bangunan Parlimen.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Said Sabri di pejabatnya di bangunan Parlimen.

Pertemuan pada 9 pagi ini berlangsung selama hampir setengah jam.

Sheikh Ekrima pernah melawat Malaysia buat pertama kali pada tahun 2003.

Beliau pernah dikenakan tahanan rumah oleh Israel seperti dilalui Presiden Palestin, Yasser Arafat.

Pada Julai tahun ini, Sheikh Ekrima dilapor mengalami kecederaaan selepas selesai menunaikan solat di luar pintu Masjid Al-Aqsa, apabila polis Israel cuba menyuraikan penunjuk perasaan dengan menggunakan kekerasan hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 14 rakyat Palestin cedera.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast