Masjid Diraja Sultan Suleiman

KUALA LUMPUR – Masjid Diraja Sultan Suleiman Klang yang berusia 85 tahun kini kembali dibuka selepas ditutup sejak 10 Mac 2015 bagi kerja-kerja pemuliharaan dan konservasi.

Kos kerja-kerja pemuliharaan itu bernilai RM12 juta.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Pemuliharaan Bangunan Masjid Diraja Sultan Suleiman pada hari ini.

Baginda juga menunaikan solat Jumaat pertama selepas ia dibuka.

Sultan Selangor berkata, baginda berpuas hati dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk mengekalkan ciri-ciri keunikan masjid itu.

Pemandangan di bahagian dalam Masjid DIraja Sultan Suleiman

Titah baginda, walaupun sudah berusia lebih separuh abad, struktur bangunannya masih kukuh.

“Beta berharap sekalian rakyat dapat menghargai keindahan masjid ini dan mengimarahkannya sebaik mungkin sebagai pusat pembangunan ummah dan masyarakat setempat,” kata baginda.

Pemuliharaan masjid itu melibatkan mengembalikan semula bentuk asal semua ruang dalaman masjid, pemuliharaan catan dan lukisan dinding dan kaca berwarna di sekitar bangunan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast