Home Nasional Jalan dinaiki air, pokok tumbang di Pulau Pinang

Jalan dinaiki air, pokok tumbang di Pulau Pinang

Pokok tumbang di Jalan Batu Feringghi .

GEORGETOWN – Hujan lebat dan angin kencang yang berlarutan di Pulau Pinang sehingga awal pagi tadi menyebabkan beberapa jalan dinaiki air.

Jalan-jalan tersebut ialah Jalan Masjid Negeri, Jalan Perak hadapan flat Tmn Abidin, Jalan Makloom, Jalan Free School, Jalan Terengganu, Jalan Sg Pinang dan Lilitan Stadium.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang menerusi Facebook juga memaklumkan pokok tumbang di Jalan Batu Feringghi sebelum Double Tree Hilton dan jalan di hadapan pintu masuk Hospital Lam Wah Ee telah menghalang laluan kenderaan sepenuhnya.

Bantuan bagi membersihkan kawasan itu sedang dilakukan. – MalaysiaGazette