SYDNEY – Dua kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terbunuh manakala tiga lagi parah selepas sebuah kereta merempuh bilik darjah di sebuah sekolah di sini.
Dalam kejadian itu, kereta sport utiliti berkenaan melanggar bangunan bilik darjah kayu yang menempatkan 24 orang murid.
Lima kanak-kanak telah dikejarkan ke hospital termasuk dua mayat murid lelaki.
Tiga murid perempuan parah akibat kejadian itu manakala 16 kanak-kanak dan seorang guru dirawat kerana cedera ringan.
Penolong Pesuruhjaya Polis New South Wales, Stuart Smith berkata: “Polis tidak melihat ini sebagai tindakan yang disengajakan, ia adalah siasatan kemalangan.”
Polis berkata, pemandu itu seorang wanita berusia 52 tahun tidak cedera tetapi dibawa ke hospital untuk ujian darah dan air kencing sebagai prosedur siasatan kemalangan. – MalaysiaGazette