Home Ekonomi Perodua tawar diskaun 20% untuk mangsa banjir

Perodua tawar diskaun 20% untuk mangsa banjir

KUALA LUMPUR – Perodua menawarkan diskaun 20 peratus bagi alat-alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma untuk menentukan jumlah kerosakan kepada semua mangsa banjir di Pulau Pinang.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Zahari Husin berkata, alat-alat ganti tersebut termasuklah semua barang elektronik, karpet, tempat duduk kenderaan, trim pintu dan gasket enjin.

Menurutnya, bantuan itu bagi memberi kelegaan kepada mangsa-mangsa yang berhadapan dengan bencana alam.

Tambahnya, beberapa pusat perkhidmatannya di Pulau Pinang turut terjejas dengan banjir, lantaran itu pelanggan diminta datang ke cawangan di Juru, Prai dan Kulim.

Para pelanggan Perodua diminta menghubungi talian bebas tol 1-800- 88-5555 untuk sebarang bantuan atau pertanyaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast