S. Vell Paari

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan untuk tidak teragak-agak mengekstradisi kembali pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik balik sekiranya perlu harus dipuji demi sensitiviti agama di negara ini.

Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S.Vell Paari berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah sekian lama hidup dalam masyarakat majmuk tidak akan sesekali berkompromi dengan isu-isu yang boleh ‘melukakan’ kaum lain.

Jelasnya, kehadiran Zakir didakwa telah beberapa kali mengundang kontorversi dan menyebabkan rata-rata rakyat mempunyai pendapat berbeza tentang pendakwah antrabangsa itu terutamanya dalam soal agama serta kepercayaan kaum.

“Saya berasa sangat lega dan juga gembira dengan jaminan yang telah diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa Zakir Naik akan diekstradisi balik ke negara asal walaupun pendakwah terkenal itu sudah memiliki status Permaustatin Tetap di Malaysia.

“Keputusan untuk menghantar beliau (Zakir) pulang sekiranya keadaan memaksa adalah sesuatu yang akan memberi keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN.

“Sebelum ini pembangkang tampil menanam rasa benci dalam kalangan rakyat negara ini kononnya kerajaan bersekongkol dengan Zakir dalam menjatuhkan agama dan kepercayaan kaum lain. Selain itu juga wujud dakwaan kononnya kerajaan menyokong aktiviti keganasan Zakir.

“Kita hidup dalam keadaan aman damai tetapi pembangkang akan sedaya upaya untuk memanupulasi sesusatu isu bagi mengelirukan rakyat,” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid mendedahkan pihaknya belum menerima permohonan ekstradisi daripada kerajaan India terhadap Zakir yang berada di negara ini atas dakwaan mempromosi aktiviti keganasan di negara itu.

 

Bagaimanapun, kerajaan, kata Ahmad Zahid sentiasa memantau aktiviti Zakir di negara ini atau di luar negara dan akan mengambil tindakan sekiranya terlibat atau mempromosi aktiviti keganasan atau perkara yang menyalahi undang-undang negara.

Zakir mendapat taraf PR di Malaysia sejak beberapa tahun lalu dan diberikan berdasarkan peruntukkan undang-undang dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Dr. Zakir Naik