Maydan melantik tiga selebriti popular tanah air sebagai duta produk.

KUALA LUMPUR – Maydan, sebuah jenama rangkaian produk kecantikan dan kesihatan terbaru di pasaran menyasarkan jualan sebanyak 50,000 unit sebulan pada tahun depan.

Pengasas Maydan, Maya Hamdan berkata, produk syarikatnya yang berada di pasaran sejak September lalu kini disasarkan sebanyak 10,000 sebulan hingga akhir tahun ini.

Beliau berkata, pertambahan jualan produk mampu dicapai menerusi jelajah promosi yang melibatkan tiga selebriti duta produk selain menyertai karnival jualan tertentu bermula bulan depan.

“Sebagai contoh, dalam masa terdekat nanti duta kami iaitu pelakon Fattah Amin akan turun membuat promosi di Plaza Angsana di Johor Bahru manakala Elfira Loy di Mood Republik.

“Selepas itu Maydan akan terus aktif bergerak ke Brunei dan Singapura pada awal tahun depan dan tempat lain sehingga Ogos 2018,” katanya kepada MalaysiaGazette, baru-baru ini.

Maydan diasaskan oleh Maya bersama adiknya, Dana Hamdan.

Awal September lalu, Maydan telah melancarkan tiga produk asas penjagaan diri yang merangkumi perawatan dalaman dan luaran untuk gaya hidup masakini.

Dua produk dari rangkaian penjagaan rambut ialah syampu dan pelembap rambut strawberry smoothies memilih Fattah yang juga pelakon pelakon popular, sebagai duta.

Aktres tersohor, Fazura pula menjadi duta untuk makanan nutrisi tambahan berbentuk tablet Q-Tab, serta produk penjagaan wajah, Lock It Hydrating Serum memilih Elfira.

Dalam pada itu, rangkaian produk penjagaan diri Maydan ditawarkan pada harga yang berpatutan kerana syampu dan pelembut rambut strawberry smoothies 250ml dijual pada RM40 (setiap satu).

Makanan nutrisi tambahan Q-Tab dijual RM100 untuk sebotol (60 biji tablet) manakala Lock It Hydrating Serum boleh didapati dengan harga RM80 sekotak (lima botol ampoule bersaiz 4 milimeter).

Orang ramai yang berminat boleh membeli rangkaian produk Maydan secara eksklusif daripada senarai pengedar yang sah Maydan.

Maydan juga sedang dalam usaha mencari stokis di setiap negeri seluruh negara dan kini memiliki 30 ejen.

Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 016-2414526. – MalaysiaGazette