KUALA LUMPUR – Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) menegaskan masih terdapat lokasi-lokasi di negara ini yang memerlukan hartanah mewah.

Ini sebagai maklum balas kepada keputusan kerajaan yang membekukan projek perumahan dan hartanah mewah bernilai RM1 juta ke atas bermula awal bulan ini susulan daripada peningkatan ketara hartanah tidak terjual sejak kebelakangan ini

Rehda berkata, sukar untuk pemaju membangunkan sesuatu hartanah pada kos yang lebih rendah terutama di lokasi-lokasi utama (prime land).

Persatuan itu juga meminta kerajaan menyemak semula beberapa peraturan yang menurut mereka tidak perlu supaya boleh membantu para pemaju untuk mengurangkan kos.

“Pengecualian duti setem kepada pembeli rumah mampu milik patut diluaskan.
“Di sebalik peningkatan pendapatan per kapita negara sebanyak 46 peratus sejak 2010, rakyat sebenarnya berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi.

“Ini menyebabkan mereka tidak mampu membeli rumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari.

Rehda juga berharap supaya dasar baharu itu diperjelaskan kepada mereka dengan lebih terperinci. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast