Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 24 NOVEMBER 2017

PUTRAJAYA – Menyedari bahawa negara akan berdepan dengan fasa negara menua menjelang tahun 2030, kerajaan akan mewujudkan pusat data warga emas tidak lama lagi.

Dibawah kelolaan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga, Keluarga dan Masyarakat bagi memperluaskan penjagaan warga emas di negara ini.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Sosial Negara yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

“Majlis Sosial bersetuju agar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat membina profiling atau data warga emas kerajaan turut serta menyokong agar negeri-negeri dan pihak berkuasa tempatan mewujudkan kemudahan infrastruktur sosial kepada warga emas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, mesyuarat yang sama turut membincangkan tentang kaedah untuk menangani kes-kes buli yang berlaku di sekolah.

Justeru, mesyuarat menuntut pelaksanaan pengkelasan data bagi memenuhi definisi aktiviti buli yang sebenar dalam kalangan pelajar sekolah.

“Kolaborasi yang berkesan bagi mewujudkan intervensi sosial yang bersepadu di antara Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara serta Polis Diraja Malaysia.

“Agenda sosial juga perlu dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Daerah dan penggunaan media sosial oleh badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan dalam membantu sebagai agen anti buli,” katanya lagi. -MalaysiaGazette.