Home Dunia 2 terbunuh letupan di bandar pelabuhan China

2 terbunuh letupan di bandar pelabuhan China

Beberapa kenderaan antara yang rosak akibat letupan di Ningbo, China. foto Agensi

BEIJING – Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam letupan di bandar pelabuhan timur China di Ningbo.

Letupan itu dikatakan berlaku di sebuah kilang sekitar pukul 9 pagi di daerah Jiangbei, menyebabkan beberapa bangunan berdekatan runtuh.

Media negara itu melaporkan sekurang-kurangnya 30 orang telah dibawa ke hospital tempatan semasa operasi menyelamat.

Kemalangan industri biasa berlaku di China dan desakan supaya agar standard keselamatan dipertingkatkan.

Pihak berkuasa telah mengawal ketat kawasan berkenaan dan polis sedang melakukan siasatan untuk mengenal pasti punca letupan.

Ningbo merupakan pelabuhan perkapalan antarabangsa dan dikenali sebagai industri pembuatan auto – juga hab Geely, pemilik Volvo. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast