Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 547 orang berikutan hujan lebat sejak semalam.

Mangsa banjir membabitkan 152 keluarga itu ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam jajahan iaitu Kota Bharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tanah Merah.

Menurut portal eBanjir Kelantan yang dikemaskini pada pukul 9.32 pagi, seramai 216 orang dari 70 keluarga di Pasir Putih dipindahkan ke tiga PPS di jajahan itu diikuti Kota Bharu (186 orang), Tanah Merah (74 orang), Pasir Mas (50 orang), Kuala Krai (15 orang) dan Machang (6 orang).

Sebanyak 14 PPS dibuka setakat ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast