Home Dunia Sanggup berada bawah bas untuk jumpa ibu bapa

Sanggup berada bawah bas untuk jumpa ibu bapa

BEIJING – Dua kanak-kanak lelaki nekad duduk di celah-celah di bahagian bawah bas selama tiga jam semata-mata untuk mencari kedua ibu bapanya yang bekerja di selatan China.

Media China melaporkan kedua-dua kanak-kanak itu berumur lapan tahun menyelinap keluar dari sekolah sebelum kelas bermula di Nazuo, wilayah Guangxi.

Mereka kemudian bersembunyi di ruang sempit di bawah bas yang dijadual bergerak ke Baise, lapor laman berita Ngzb.com.cn.

NGO China merancang untuk membantu kanak-kanak itu.

Kanak-kanak tersebut ditemui oleh kakitangan keselamatan selepas bas tersebut berhenti di stesen Xilin, 80 kilometer dari tempat mereka naik.

Pekerja stesen itu kemudian memberi mereka makan dan membasuh pakaian mereka selepas muka mereka terkena lumpur.

Menurut pekerja itu, ibu bapa kanak-kanak itu bekerja di Guangdong.

Tetapi sanak-saudara memaklumkan ibu bapa mereka bekerja di Baise, supaya mereka rasa tidak jauh dan rasa selamat.

Kira-kira 23 juta kanak-kanak di luar bandar China dipinggirkan selepas ibu bapa mereka terpaksa bekerja di bandar-bandar besar seperti Guangdong – unjuran yang dibuat oleh badan bukan kerajaan On the Road to School. – MalaysiaGazette