Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman bersama sebahagian kakitangan SME Corp ketika hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan (NSDC) ke 23 di Platinum Sentral, SME Corp Malaysia, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 29 NOVEMBER 2017.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Sistem Inisiatif SME Pusat (SCENIC) sebagai pangkalan data pusat bagi penerima bantuan kerajaan di ibu pejabat SME Corporation Malaysia, di sini, hari ini.

Beliau berkata, SCENIC merupakan pengkalan data bersepadu bagi penerima bantuan kerajaan di bawah program pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang dilaksanakan oleh kementerian dan agensi kerajaan.

“Saya berharap agar setiap kementerian dan agensi dapat mengelakkan pertindihan pemberian bantuan kepada PKS serta memastikan pengagihan sumber secara lebih optimum,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan ke-23 di SME Corporation Malaysia, Kuala Lumpur Sentral, di sini, hari ini.

Najib juga berkata, berdasarkan Banci Ekonomi 2016 yang dilaporkan Jun 2017, PKS telah menyumbang kepada 98.5 peratus dari jumlah perniagaan di Malaysia.

“PKS mencatatkan kadsar pertumbuhan purta perniagaan baharu sebanyak 7.3 peratus setiap tahun dari 2010 hingga 2015.

“Kadar ini melangkau sasaran purata yang ditetapkan oleh Pelan Induk PKS (2012-2020) iaitu sebanyak enam peratus setahun,” katanya.

Beliau juga berkata, dengan peningkatan peruntukan sebanyak RM22.2 bilion dalam Bajet 2018, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) PKS diunjurkan meningkat antara 6.5 peratus hingga 7.5 peratus pada 2018.

“Sokongan berterusan kerajaan ini penting untuk membangunkan PKS melalui peruntukan kredit pembiayaan, skim jaminan modal, pinjaman mudah, ski geran dan pengecualian cukai,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast