KUALA LUMPUR – Hong Leong Bank Berhad (HLB) telah menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menandatangani perjanjian dengan Tenpay Payment Technology Co Limited, anak syarikat Tencent (Tencent) untuk menyediakan penyelesaian pembayaran WeChat Pay.

Kerjasama ini akan membolehkan pelancong China menggunakan akaun WeChat mereka ketika melawat Malaysia.

Tawaran ini menandakan permulaan kerjasama perniagaan dengan teknologi gergasi China dan penyelesaian pembayaran digital yang lebih banyak dalam masa terdekat.

Perkongsian antara HLB dan Tencent menggunakan WeChat Pay membolehkan pembayaran digital dalam talian dan luar talian (O2O) daripada pedagang runcit di Malaysia dengan penyelesaian pembayaran rentas sempadan bersepadu yang mudah diadaptasi.

Dengan antara muka pengguna yang mudah, pengguna mendapat manfaat daripada alat pembayaran kod QR yang berasaskan aplikasi mudah alih untuk membuat pembelian di Malaysia dalam RMB dan mata wang lain.

Dilancarkan pada tahun 2011, WeChat Pay menyediakan perkhidmatan pembayaran yang cepat dan boleh dipercayai kepada penggunanya dan pantas – menjadi salah satu perkhidmatan pembayaran mudah alih paling popular di China.

HLB yang kini bertindak sebagai khidmat saudagar untuk WeChat Pay di Malaysia, juga mula menerima bayaran WeChat dalam talian dan di kedai. – MalaysiaGazette