Bendera Maghribi.

KUALA LUMPUR – Berita gembira buat pemegang semua jenis pasport  Malaysia apabila mereka boleh memasuki negara itu selama 90 hari tanpa visa bermula 27 Disember ini

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu susulan Perjanjian Penghapusan Separa Keperluan Visa yang dimeterai oleh Malaysia dan Maghribi di sini pada 19 Julai lalu.

Menurut kenyataan itu, selepas semua keperluan dalaman dipenuhi oleh kedua-dua negara, perjanjian itu dikuatkuasakan pada 27 Disember ini.

“Bermula tarikh itu, pemegang pasport Malaysia yang melakukan perjalanan rasmi, perniagaan atau lawatan sosial boleh memasuki Maghribi secara bebas selama 90 hari tanpa keperluan visa.

 “Penguatkuasaan perjanjian ini dijangka terus memperkukuh hubungan dua hala di antara kedua-dua negara memandangkan ia menyediakan platform bagi meningkatkan lagi kerjasama  dalam ekonomi, perdagangan, pelaburan dan pelancongan,” jelas kenyataan itu.

Hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Maghribi terjalin sejak 1963. – MalaysiaGazette