David De Gea.

LONDON – Jose Mourinho menyifatkan David de Gea sebagai penjaga gol yang terbaik di dunia ketika ini

Jelas pengendali Portugal itu, pengiktirafan itu berdasarkan perlawanan Manchester United menentang Arsenal di tempat lawan awal pagi tadi yang menyaksikan pemain antarabangsa Sepanyol menampil aksi luar.

De gea telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan yang berkesudahan United menang 3-1 biarpun tuan rumah menampilkan aksi menyerang bertubi-tubi.

Dia telah 14 kali menepis atau menghalang jaringan pada perlawanan tersebut.

Pemain berusia 26 tahun itu telah mencipta rekod bersejarah dalam Liga Perdana Inggeris gara-gara aksinya itu dalam satu perlawanan.

Dalam perlawanan menarik itu, United terlebih awal menjaringkan gol pendahuluan meneruis Antonio Valencia pada minit keempat.

Tidak sampai 12 minit perlawanan, anak buah Mourinho menambah gol menerusi jaringan kedua oleh Jesse Lingard.

Arsenal hanya mampu mengejar meraih satu gol dibantu Alexandre Lacazette pada minit ke-49 biar membuat percubaan bertali arus.

Namun Lingard sekali lagi membolosi gawang lawan pada minit ke-63.

United kini di tangga kedua dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan 35 mata, manakala Arsenal dua tangga di belakang meraih 28 mata. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast