KUALA LUMPUR – Presiden NGO No.1 Malaysia, Mohd. Ali Baharom mahu Wan Asshima Kamaruddin lihat diri sendiri sebelum mendakwa ahli-ahli UMNO berkhalwat.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju berkata, banyak perkara panas membabitkan bekas ahli jawatankuasa kerja Puteri UMNO Bahagian Klang itu berada dalam genggamannya.
Wan Asshima pernah menjadi ahli dalam gerakan NGO dipimpin Ali Tinju sebelum ini.
“Kepada Wan Asshima cermin diri kamu dulu..masuk Pas baru dua tiga hari mahu sembang lebih,” katanya dalam satu kenyataan di media sosialnya hari ini.
Ali Tinju mahu Wan Asshima menjawab dakwaan mengatakan dia seorang kuat minum arak dan mencabarnya bersumpah di masjid.
“Wan Asshima kamu minum arak cukup kuat..Ali Tinju cabar kamu bersumpah dalam Masjid Putra jika kami kata tidak..gambar kat Puchong ada..kawan-kawan Klang pun ada Asshima,” katanya.
Wan Asshima yang membuat tuduhan itu berkata, pemimpin NGO pro Pas turut mahu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melakukan operasi pencegahan maksiat besar-besaran di hotel-hotel sekitar ibu kota sepanjang PAU berlangsung.
Dalam pada itu, Ali Tinju memberi amaran akan mendedahkan rahsia yang diketahuinya terhadap Wan Asshima ekoran sikapnhya kerana menghina wanita dan Puteri UMNO. – MalaysiaGazette