Home Dunia Pelangi muncul paling lama di Taiwan

Pelangi muncul paling lama di Taiwan

Pelangii yang muncul paling lama di Taiwan pada 30 November lalu. foto BBC

TAIPEI – Taiwan telah memecahkan rekod dunia dengan kemunculan pelangi paling lama hampir sembilan jam pada 30 November lalu.

Pelangi itu direkodkan oleh dua profesor, Chou Kun-hsuan dan Liu Ching-huang dari Jabatan Sains Atmosphera di Universiti Budaya China (CCU), lapor Taiwan News.

Pemerhatian menunjukkan pelangi berkenaan berada selama 8 jam 58 minit bermula pada 6.57 pagi hingga 3.55 petang.

Taiwan News berkata, jika tempoh waktu itu disahkan, ia memperbaharui rekod pelangi paling lama selama enam jam yang berlaku di Yorkshire, England pada 14 Mac 1994.

“Ia amat menakjubkan. Ia sangat jarang-jarang berlaku,” kata Prof. Chou.

Prof Chou berkata, hujan musim hujan yang melanda dari timur laut telah terperangkap dalam kelembapan di udara menyebabkan pelangi bertahan lama.

Kelembapan ini membentuk awan, hujan dan angin yang agak perlahan – semuanya adalah keadaan yang ideal untuk kemunculan pelangi, lapor Taiwan News. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast