Home Ekonomi AirAsia sambung semula penerbangan ke Bali, Lombok

AirAsia sambung semula penerbangan ke Bali, Lombok

KUALA LUMPUR – AirAsia telah menyambung semula penerbangan ke Bali dan Lombok berikutan keadaan semakin baik di Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok.

AirAsia dalam kenyataannya berkata, syarikat itu akan terus memantau keadaan dengan teliti dan memastikan para tetamu mengetahui tentang perkembangan terkini.

Para penumpang dinasihatkan untuk menyemak status penerbangan mereka di Twitter (@AsiaAsia) atau airasia.com sebelum menuju ke lapangan terbang.

Menurutnya, penumpang-penumpang yang merancang ke Bali atau Lombok dari sekarang hingga 31 Disember 2017 tetapi tidak mahu meneruskan perjalanan itu boleh memilih satu pilihan pemulihan perkhidmatan yang ditawarkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast