BAITULMAQDIS- Rakyat Palestin digesa mengetepikan usaha damai sebaliknya menumpukan kebangkitan menentang Israel, susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Gesaan itu disuarakan oleh Pergerakan Hamas menerusi ketuanya, Ismail Haniyeh.

“Kita seharusnya menumpukan kepada usaha melancarkan intifada baru bagi menghadapi musuh dari rejim zionis,” katanya ketika berucap di Gaza.

Baru-baru ini, tunjuk perasaan di sekitar Tebing Barat dan Gaza menyaksikan sekurang-kurangnya 31 rakyat Palestin tercedera akibat pertempuran dengan tentera Israel.

Kumpulan pejuang Briged Al-Tawheed dalam pada itu mendakwa bertanggungjawab atas tembakan roket berkenaan.

Menurut kenyataan pasukan perubatan, seramai 11 orang ditembak menggunakan peluru hidup manakala 20 lagi dengan peluru getah dalam tunjuk perasaan semalam.

Seorang daripada mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast