Erma Fatima ketika menghadiri PAU 2017 di PWTC Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah filem terkenal, Erma Fatima hadir ke Persidangan Agung Tahunan UMNO 2017 (PAU 2017) bagi mendapatkan ‘semangat’ Melayu.

Dalam status sosial medianya semalam, Erma yang lebih dikenali melalui watak Mok Cun itu mencari ‘semangat’ Melayu yang diturunkan oleh generasi terdahulu sampai kepada anak-anak bangsanya.

“Semangat yang tak lapuk dimakan zaman, tak lekang dek teknologi, semangat yang cintakan agama, bangsa dan negara.

“Semangat yang tak melayukan peradaban kita. Semangat itu yang aku cari di sini (PAU 2017),” ujarnya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast