Datuk Seri Zambry Abdul Kadir

KUALA LUMPUR – Walaupun pemimpin DAP, Nga Kor Ming pernah mencarutnya dan memanggilnya hitam metalik namun beliau masih bersabar.

Itulah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan beliau tidak sesekali membalasnya dengan bahasa yang sama.

“Kita dalam Barisan Nasional (BN) ada kesopanan dalam bertindak berbeza dengan dia (Kor Ming) termasuk mengelar saya hitam metalik dan perkataan mencarut.

“Boleh pula dia menafikannya sedangkan rakaman teknologi sekarang ada membuktikan berkata sedemikian,” ujarnya kepada Malaysia Gazette semalam.

Menurut Zambry, sikap Kor Ming yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kepayan dan Ahli Parlimen Taiping itu mengambarkan betapa buruk sikap seorang pemimpin atasan DAP.

Kor Ming merupakan Pengerusi DAP Perak dan salah seorang ahli majlis tertinggi DAP Pusat tidak sepatutnya bersikap sedemikian kerana ia memberi pengaruh buruk kepada orang bawahannya.

Ditelah harapan BN terutama UMNO Perak dalam PRU-14, Zambry yakin momentum Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar masih tinggi dan memberi semangat kepada jentera parti.

Mengenai kenyataan veteran UMNO, Tan Sri Razaleigh Hamzah yang menganggap demokrasi berkubur apabila Perhimpunan Agung UMNO kali menyokong dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan, beliau tidak bersetuju.

“Sebenar bagi saya proses usul dari bawah dan dipersetujui majoriti perwakilan merupakan proses demokrasi dan ia bukti demokrasi subur bukan berkubur,” ujarnya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast