Home Nasional Lorong khas ke Putrajaya elak sesak

Lorong khas ke Putrajaya elak sesak

KUALA LUMPUR – Sistem Lingkaran Lebuhraya-Kajang Sdn. Bhd. pemegang konsesi Lebuhraya Kajang SILK (SILK) akan menjadikan lorong kanan selepas laluan kontra sebagai lorong khas untuk ke Putrajaya/Puchong yang bermula di KM 28.3 SILK (arah barat) dan berakhir di KM0.9 SKVE (arah barat) bagi mengelakkan kesesakan pada waktu pagi.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (Projek dan Operasi) Kumpulan Prolintas, Ir. Rostam Shahrif Tami berkata, satu tempoh percubaan akan dilaksanakan mulai 12 Disember 2017 hingga 22 Disember 2017.

Lorong kanan khas ini hanya melibatkan kenderaan ringan kelas 1 akan bermula dari 6.30 pagi hingga jam 8.30 pagi pada hari bekerja.

Kon keselamatan akan diletakkan di sepanjang laluan berkenaan bagi kemudahan dan panduan para pemandu, katanya.

Kesan kepada lorong khas ini akan melibatkan laluan ke Hospital Serdang.

“Sehubungan itu, pengguna yang ingin ke Hospital Serdang dinasihatkan agar tidak melalui lorong kanan sebaliknya melalui lorong tengah atau lorong kiri,” tambah beliau.

Pihak SILK akan memantau pelaksanaan sepanjang tempoh percubaan ini dan pengguna diingatkan agar peka dengan papan tanda yang dipasang bagi memastikan perjalanan yang lancar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast