Home Dunia Bendera Israel dibakar lagi di Jerman

Bendera Israel dibakar lagi di Jerman

Penunjuk perasaan membakar bendera Israel sebagai tanda membantah keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf baitulmaqddis sebagai ibu negara Israel. foto Agensi

BERLIN – Menteri Kehakiman Jerman, Heiko Maas berkata, tidak ada tempat untuk anti-Semitisme di Jerman selepas penunjuk perasaan membakar bendera Israel di Berlin.

Tunjuk perasaan itu diadakan bagi membantah keputusan Presiden Amerika Syarikat yang mengiktiraf Baitulmaqddis sebagai ibu kota Israel.

Kira-kira 2,500 orang menyertai tunjuk perasaan di Bermin pada hari Ahad dan satu bendera Israel telah dibakar, kata polis yang kini sedang melakukan siasatan terhadap 11 indivdu.

Pada hari Jumaat lalu, beribu-ribu orang berkumpul di luar kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara Jerman sebagai bantahan terhadap keputusan Donald Trump itu.

Pada hari tersebut, pilis telah menahan 10 orang atas 12 tuduhan jenayah termasuk membakar bendera Israel.

Maas berkata kepada akhbar Bild: “Sebarang bentuk anti-Semitism adalah serangan ke atas setiap orang. Anti-Semitism mesti tidak dibenarkan berada dalam masyarakat”.

Sementara itu, Menteri Luar Negeri Jerman Sigmar Gabriel memberitahu Bild, walaupun kritikan mengenai keputusan Trump dapat difahami, orang ramai tidak mempunyai hak atau alasan untuk membakar bendera Israel kerana ia akan membangkitkan kebencian terhadap Yahudi atau mempersoalkan hak Israel untuk wujud.

Beliau berkata, sesiapa yang melakukan itu “bukan hanya menentang Israel tetapi juga menentang perlembagaan Jerman” dan Jerman tidak akan bertolak ansur dengannya.

Gabriel berkata, Jerman hanya membenarkan demonstrasi aman dan tidak membenarkan konflik menggunakan keganasan untuk dibawa ke Jerman dari negara lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.