Mustapa Mohamed

KUALA LUMPUR  – Rangka kerja Industri Kebangsaan 4.0 akan dilancarkan pada suku pertama atau selewat-lewatnya awal suku kedua tahun depan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rangka kerja baharu itu akan melibatkan semua kementerian dan agensi.

“Rangka kerja berkenaan sedang disiapkan dan akan dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara sebelum dibentangkan ke Kabinet.

“Kerajaan kemudiaannya akan menentukan agensi mana yang akan menjadi pemacu utama transformasi berkenaan,” katanya semasa Majlis Minum Petang MITI di sini hari ini.

Menurut Mustapa, transformasi industri itu akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mapan dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang lebih menarik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast