Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. foto IQBAL BASRI, 01 0KTOBER 2017.
PUTRAJAYA –  Satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan di Masjid Putra, di sini pada 22 Disember ini sebagai menyatakan pendirian tegas Malaysia terhadap isu Baitulmaqdis yang diisytiharkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebagai ibunegara Israel.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  berkata, perhimpunan itu akan diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan menyampaikan ucapan mengenai pendirian kerajaan dan rakyat negara ini yang menentang keras perisytiharan itu.
“PM berkongsi langkah dan cadangan dalam mesyuarat tergempar yang dipanggil Petubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Turki ketika ini merupakan keprihatinan kerajaan dan rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan dasar keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald J.Trump dalam soal Baitulmaqdis.
“Maka pada 22 Disember (Jumaat) depan, satu perhimpunan besar-bersaran akan dibuat di Masjid Putra, Putrajaya dengan penyertaan Badan Bukan Kerajaan dan Organisasi Islam dan bukan Islam,” katanya dalam sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini.
“Malah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga akan hadir memberi ucapan beliau mengenai Baitulmaqdis dan tindakan Trump termasuk NGO bukan Islam.
“Kita menyeru seluruh rakyat dan pemimpin-pemimpin NGO tanpa mengira agama dan bangsa menyokong dengan menyertai perhimpunan ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast