TRIPOLI – Datuk Bandar Misrata , Libya ditembak mati oleh lelaki bersenjata yang menyerang hendap keretanya.

Pihak berkuasa berkata, lelaki bersenjata itu mengejar kereta Mohamed Eshtewi selepas beliau meninggalkan lapangan terbang Misrata, sebaik saja tiba dari Turki.

Setakat ini, pihak bertanggungjawab dalam serangan itu masih belum diketahui.

Untuk rekod, negara pengeluar minyak Afrika Utara itu bergolak sejak 2011 selepas kebangkitan yang menyaksikan Muammar Gaddafi digulingkan.

Namun Misrata yang menjadi pelabuhan terbesar Libya kekal aman sehingga kini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast