Datuk Seri Ismail Abd Muttalib

KUALA LUMPUR – Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) 2017 yang bertujuan menyediakan insurans bagi membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan dengan faedah bantuan kewangan sementara.

Walaupun ditentang oleh kebanyakan majikan, skim tersebut perlu untuk memastikan jaringan keselamatan sosial pekerja yang diberhentikan terus terjamin.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd. Mutalib ketika membacakan RUU kali kedua, SIP penguatkuasaan SIP akan memastikan pekerja sektor swasta yang diberhentikan menerima bantuan kewangan sementara sehingga enam bulan.

RUU itu terdahulunya diluluskan oleh Dewan Rakyat SIP selepas dibahaskan oleh 14 anggota Parlimen.

Dua lagi RUU yang diluluskan hari ini adalah Rang Undang Undang Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2017.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast