Recep Tayyip Erdogan
Recep Tayyip Erdogan

ISTANBUL – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan merancang untuk membuka kedutaan negara itu di Timur Baitulmaqdis.

Pengumuman itu dibuat selepas Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) yang menggesa dunia mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin.

Namun, Erdogan tidak menjelaskan bagaimana akan melaksanakannya memandangkan Israel telah menguasai seluruh Baitulmaqdis.

Manakala Palestin mahu menuntut semula Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya, yang diambil alih oleh Israel pada tahun perang 1967 tetapi ia penaklukannya itu tidak diiktiraf dunia.

Sidang kemuncak OIC itu bagi memberi maklum balas terhadap keputusan Presiden Donald Trump pada 6 Disember yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Tindakan Trump itu telah ‘melanggar’ polisi Amerika Syarikat dan konsensus antarabangsa bahawa status bandar harus ditinggalkan untuk perundingan perdamaian Israel-Palestin.

Erdogan berkata, dalam ucapannya kepada anggota Parti AKnya di wilayah selatan Karaman bahawa konsulat Jeneral Turki di Baitulmaqdis diwakili oleh duta besar.

“Insya-Allah, hari sudah dekat, dengan kebenaran Tuhan, kami akan membuka kedutaan kami di sana,” kata Erdogan.

Baitulmuqaddis tempat dihormati oleh orang-orang Yahudi, Kristian dan Muslim, adalah tempat suci bagi agama Islam serta Wall Western Judaisme – kedua-duanya di bahagian timur – dan telah berada di tengah-tengah konflik Israel-Palestin selama beberapa dekad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast