GEORGETOWN – Jambatan Kedua Sdn. Bhd. menawarkan diskaun 10 peratus kepada kadar tol kepada semua kelas kenderaan yang menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim atau Jambatan Kedua Pulau Pinang bermula 12.01 pagi sehingga 11.59 malam, 25 Disember ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Mohd. Ashari Alias berkata, diskaun merupakan sebahagian daripada tanggungjawab korporat syarikat dan sebagai sumbangan kepada pengguna terutama semasa perayaan hari Krismas.

“Pengguna yang memasuki Lebuhraya Plus melalui Plaza A tol Bandar Cassia akan menikmati kadar ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kira-kira 22,000 kenderaan menggunakan jambatan tersebut setiap hari dan angka berkenaan biasanya meningkat semasa musim perayaan, cuti umum dan cuti sekolah.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast