Peniaga Kuih, Izzat Isma menunjukan kuih donut gergasi yang dijualnya dengan harga RM2 setiap satu ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Pasar Ramadhan, Jalan Kuching, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 03 JUN 2017

KUALA LUMPUR – Kadar inflasi atau indeks harga pengguna (IHP) November 2017 meningkat kepada 3.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu disebabkan oleh peningkatan kos pengangkutan dan makanan.

Jabatan Statistik berkata, IHP keseluruhan bagi November 2017 meningkat 0.7 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Inflasi teras pula meningkat 2.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Bagi 11 bulan pertama 2017, IHP meningkat 3.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut jabatan tersebut antara kumpulan utama yang merekodkan peningkatan pada November adalah indeks pengangkutan (+10.8 peratus), makanan dan minuman bukan beralkohol (+4 peratus), restoran dan hotel (+2.8 peratus), perabot, peralatan isi rumah, rutin menyelenggaraan rumah (+2.5 peratus), perumahan, air, elektrik, gas dan lain-lain bahan api (+2.2 peratus).

Peningkatan harga minyak didorong oleh pemulihan harga minyak dunia yang telah memberi kesan kepada kumpulan pengangkutan.

Ia meningkat 10.8 peratus pada November berbanding tempoh sama tahun lalu selepas mengalami peningkatan 12.1 peratus pada Oktober lalu.

Harga purata petrol RM95 adalah RM2.30 pada November berbanding RM1.95 seliter setahun lalu.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast