KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri yang berwawasan dan sistematik dalam melakukan kerjanya untuk parti dan rakyat Malaysia khususnya, kata Ketua Penerangan UMN, Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata, pemilihan Najib untuk menjawat jawatan nombor satu itu amat tepat bersesuaian dengan beberapa kriteria yang ada padanya serta dari keluar yang berlatarbelakangkan pemimpin berjiwa rakyat.
“Bila dia bekerja, dia jauh lebih sistematik banding yang dulu. Banyak program yang dirancang dan dirangkanya lebih kepada tranformasi masa depan rakyat pelbagai peringkat usia dan kaum,” katanya.
Beliau berkata demikian pada rancangan Anda Tanya, Kita Jawab anjuran UMNO-Online di Auditarium Menara Dato’ Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Program itu turut menampilkan dua lagi ahli panel iaitu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan, Razlan Mohamad Rafi dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.
Menurut Annuar, sepanjang mengenali perdana menteri itu, beliau melihat Najib seorang yang baik dan penyabar walaupun berdepan dengan banyak tuduhan berat oleh bekas pemimpin terdahulu.
“Dia tidak cepat melenting. Dia juga tidak mudah menyerang balas. Dia diam dan akhirnya kebenaran datang berpihak kepadanya.
“Inilah satu-satunya keistimewaan yang ada pada beliau. Saya kagum dengan kesabaran dan ketabahannya dalam memimpin,” katanya. – MalaysiaGazette