Zed Zaidi

KUALA LUMPUR – Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) buat julung kali menganjurkan Larian Amal 2018 untuk menarik masyarakat berlari sambil menyumbang kepada tabung kebajikan artis tempatan.

Presidennya, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi berkata, larian amal itu bakal diadakan pada 4 Februari 2018 di pekarangan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Hulu Klang, Selangor.

“Larian amal ini adalah acara larian 10 kilometer dan 5 kilometer (Family Fun Run) bertujuan mengumpul dana kebajikan yang akan disalurkan kepada ahli-ahli Seniman kurang bernasib baik dan memerlukan.

“Ianya turut mempromosi serta mengembangkan potensi Seniman sebagai salah satu organisasi yang membela dan menjaga kebajikan pencinta seni tanahair,” katanya pada sidang media di PNB Perdana Hotel & Suites, di sini, hari ini.

Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi (tengah) bersama ahli-ahli jawatankuasa Seniman serta barisan artis dan penganjur Larian Amal Seniman 2018 memasukkan wang sumbangan ke dalam tabung kebajikan artis selepas sidang media di PNB Perdana Hotel & Suites, Kuala Lumpur. foto NIZAM ZAIN, 21 DISEMBER 2017

Zed Zaidi berkata, sehingga kini pihaknya telah menerima 1,000 penyertaan menerusi pendaftaran secara dalam talian yang telah dibuka sejak awal Disember ini.

“Bagaimanapun kita masih mengalu-alukan penyertaan lebih ramai peserta dan kami mensasarkan sehingga 2,000 penyertaan.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Larian Amal ini dengan like kami di Facebook/senimancharityfunrun2018.

“Mereka juga boleh terus mendaftar sebagai peserta secara dalam talain di lawan web www.racexasia.com/event/seniman,” jelasnya.

Katanya, Seniman Charity adn Fun Run 2018 terbuka kepada semua rakyat Malaysia seawal usia 10 tahun ke atas boleh menyertai acara ini dengan sejumlah bayaran penyertaan mengikut kategori yang disediakan.

“Setiap peserta yang mendaftar layak untuk menerima t-shirt acara, pingat dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu sebuah motosikal yang akan dibuat pada penghujung acara nanti,” katanya.

Beliau berkata lagi, syarikat-syarikat korporat juga digalakkan menyumbang kepada tabung kebajikan artis ini sebagai salah satu daripada tangungjawab sosial mereka.

“Kita menyediakan beberapa mekanisma agar mereka boleh menyumbang dan mereka boleh merujuk kepada kita bagaimana hendak disalurkan sumbangan tersebut.

“Mana-mana syarikat yang menjadi penaja Larian Amal Seniman 2018 turu diberikan pelepasan cukai sehingga 100 peratus di bawah Majlis Sukan Negara (MSN),”katanya lagi.

Seniman Charity and Fun Run 2018 mendapat kerjasama dan sokongan daripada pelbagai agensi kerajaan dan bakan bukan kerajaan (NGO) termasuk FINAS, Sekretariat 12 dan The Chef. – MalaysiaGazette.

Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi (tengah) bergambar kenangan bersama ahli-ahli jawatankuasa Seniman serta barisan artis dan penganjur Larian Amal Seniman 2018 selepas sidang media di PNB Perdana Hotel & Suites, Kuala Lumpur. foto NIZAM ZAIN, 21 DISEMBER 2017

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast