Home Nasional 31 ditahan dalam Operasi Cantas Khas

31 ditahan dalam Operasi Cantas Khas

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan seramai 31 orang atas pelbagai kesalahan daripada 21 serbuan yang dijalankan menerusi Operasi Cantas Khas yang bermula pada 1 hingga 6 pagi ini.

Dalam satu kenyataan menerusi Facebook Polis Johor, semua mereka ditahan hasil pemeriksaan ke atas 257 individu dalam operasi yang digerakkan bagi membanteras kegiatan kongsi gelap di negeri ini.

“Sasaran utama operasi ini ialah ke atas premis atau pusat hiburan yang menjadi tempat pertemuan ahli- ahli kongsi gelap berkumpul, membanteras dan mengekang serta melumpuhkan kegiatan jenayah kekerasan, jenayah jalanan dan jenayah bersindiket yang melibatkan semua jenis elemen jenayah,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Polis Johor menegaskan bahawa pihaknya pasti akan membenteras mana-mana kumpulan yang cuba menimbulkan kekacauan dan ketakutan kepada masyarakat. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast