Peranti elektronik

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi memansuhkan larangan membawa peranti elektronik menuju ke United Kingdom (UK) khususnya walaupun baru dikuatkuasan tahun ini.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GACA) Twitter rasminya dipetik sebagai berkata, penumpang kini dibenarkan untuk menggunakan komputer riba dan tablet dalam kabin pesawat.

“Ia membabitkan semua penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid dan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah mulai semalam,” katanya.

Pada Mac lalu, Amerika Syarikat (AS) dan Britain mengumumkan larangan menggunakan peranti elektronik di dalam kabin pesawat bagi penerbangan terus dari Turki, Lubnan, Jordan, Mesir, Tunisia serta Arab Saudi, susulan ancaman keselamatan.

Bagaimanapun, pada Julai lalu, AS menarik balik larangan itu terhadap penumpang penerbangan Arab Saudi. -MalaysiaGazette