MONACO – Bintang sensasi Monaco, Thomas Lemar dikatakan telah membuat keputusan apabila memilih Liverpool untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris pada bulan depan.
The Independent melaporkan pemain kebangsaan Perancis itu dianggarkan bernilai 90 juta pound sterling.
Lemar dikatakan akan mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan Philippe Countinho.
Berita itu pasti membuat Arsenal tersentak kerana sebelum ini kelab London itu hampir mendapatkan Lemar, 22, pada musim panas lalu.
Tetapi kegagalan Alexis Sanchez berhijrah ke Manchester City menyebabkan perpindahan tersebut tidak dimuktamadkan.
The Gunners bersedia mengemukakan tawaran baharu kepada Lemar namun Arsenal Wenger mendapat saingan sengit daripada Liverpool dan juga Chelsea. – MalaysiaGazette