Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika sidang media selepas merasmikan Persidangan Jalan Se-Malaysia Ke-12 dan Kongres Serantau Federasi Antarabangsa Asia-Pasifik ke-5 di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan sentiasa bersedia untuk menangani masalah banjir dan kes tanah runtuh yang semakin meningkat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, bilik gerakan bencana lengkap dengan teknologi canggih untuk memantau bencana yang berlaku.

“Kementerian sentiasa memastikan kesiapsiagaan hadapi bencana kerana ianya satu program berterusan dan sebab itu ada satu unit di dalam kementerian disebut sebagai ‘Big Ben’ atau bilik gerakan bencana.

“Bilik gerakan bencana ini dilengkapi dengan sistem dan alat-alat yang membantu untuk memantau bencana dan menggerakkan pasukan-pasukan di peringkat daerah dan sebagainya,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Jalan Se-Malaysia Ke-12 dan Kongres Serantau Federasi Antarabangsa Asia-Pasifik ke-5 di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Menurut Alexander, beliau akan menyertai program lawatan bilik gerakan bencana untuk memastikan segala alatan dan sistem di unit itu lengkap dan sudah bersedia untuk hadapai bencana yang berlaku.

Tambahnya, beliau mendapati terdapat Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) bersama sebuah syarikat ketika melawat pameran-pameran hari ini.

“Saya mendapati produk-produk mereka membantu dalam pemantauan dan juga menangani masalah banjir.

“Secara umunya saya difahamkan dengan adanya persefahaman ini, jika banjir berlaku mungkin mereka boleh buktikan keberkesanan produk itu,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast