Anggota bomba mengusung jasad warga emas yang meninggal dunia dalam kebakaran di Kampung Kuala Dong, Jalan Masuk Gesing, di sini malam tadi. Gambar Facebook Fadzli Kamal

RAUB – Seorang warga emas meninggal dunia akibat melecur dalam kebakaran di sebuah rumah jenis separuh kekal di Kampung Kuala Dong, Jalan Masuk Gesing, di sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata, mangsa yang berusia 80 tahun ditemukan di ruang tamu rumah berkenaan selepas pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman dan pencarian.

Menurutnya, setiba di lokasi, didapati sebuah rumah jenis separuh kekal berukuran 40 kaki x 60 kaki persegi sudah 80 peratus terbakar.

“Pasukan bomba menjalankan tindakan pemadaman dan kawalan dibantu pasukan dari BBP Kuala Lipis dan BBP Sungai Koyan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya kira-kira jam 2.13 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here