KUALA LUMPUR – Selepas hampir tiga jam mesyuarat membabitkan Ahli-Ahli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional (BN) bersama Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, selesai kira-kira jam 11 malam tadi.
Bagaimanapun, kebanyakan ADUN yang ditemui di Menara Dato’ Onn di sini enggan memberi sebarang komen kepada pihak media dan memilih untuk terus beredar.
Difahamkan terdapat beberapa ADUN yang memilih jalan keluar lain bagi mengelakkan bertemu dengan pihak media.
Mesyuarat khas yang dipengerusikan Zahid bermula jam 8 malam itu adalah bagi mencari penyelesaian berhubung kemelut yang melanda Negeri Sembilan membabitkan pentadbiran negeri dan istana.
Bagaimanapun setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dkeluarkan berhubung hasil perbincangan berkenaan. -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN
















