KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menyifatkan pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebagai kehilangan besar kepada negara, khususnya wanita Malaysia.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Fadhlina yang juga merupakan Ketua Wanita PKR berkata, Allahyarhamah menjadi inspirasi kepada ramai wanita dengan jasa beliau dalam bidang kesihatan dan kebajikan masyarakat akan terus dikenang.

“Takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali atas pemergian beliau.

“Negara kehilangan seorang sosok wanita yang menjadi inspirasi kepada ramai wanita di Malaysia,” katanya.

Dr. Siti Hasmah, antara doktor wanita Melayu terawal negara, genap berusia 100 tahun pada 12 Julai lalu.

Sepanjang kerjayanya, Allahyarhamah banyak menyumbang kepada penjagaan kesihatan ibu dan anak, terutama di kawasan luar bandar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here