Status berhubung kenaikan satu gaji tahunan (KGT) untuk penjawat awam Julai ini akan ditentukan oleh kerajaan baharu, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Mohd Ali Hamsa.
Status berhubung kenaikan satu gaji tahunan (KGT) untuk penjawat awam Julai ini akan ditentukan oleh kerajaan baharu, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Mohd Ali Hamsa.

KUALA LUMPUR – Pengurusan Felda dipercayai sedang melakukan kajian yang terbaik berhubung pemindahan hak milik tanah strategik bernilai RM270 juta di Jalan Semarak.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa menyerahkan kepada Felda untuk menyelesaikan perkara itu, lapor sebuah laman portal.

“Saya rasa itu urusan Felda dan ia sedang diuruskan,” katanya yang juga Pengerusi Majlis Mesyuarat Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ali berkata demikian mengulas isu tanah Felda selepas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad, menyatakan terpaksa meminta bantuan Ali untuk membantu meletakkan Kaveat Persendirian bagi status tanah terbabit dalam sidang media semalam.

Ia selepas usaha Felda meletakkan Kaveat Persendirian pada 28 Februari lalu ke atas tanah itu dihalang atas alasan Felda tidak berhak, kerana pemaju memiliki semua dokumen sah untuk pendaftaran.

Sementara itu, Shahrir menaruh keyakinan Felda akan dapat memperoleh semula hak milik empat bidang tanahnya di Jalan Semarak menerusi usaha yang telah dilakukan setakat ini termasuk membuat laporan polis serta mendaftarkan kaveat ke atas tanah terbabit.

Katanya, Felda tidak bertindak sendirian kerana segala langkah yang diambil dimaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan. – MalaysiaGazette