Bangunan Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$102.2 bilion (RM431.6 bilion) setakat 15 Disember 2017 berbanding AS$101.9 bilion (RM430.4 bilion) dua minggu lalu.

Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, kedudukan rizab tersebut mencukupi untuk menampung 7.5 bulan import dan 1.1 kali ganda hutang luar jangka pendek.

Jelasnya, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab matawang asing (AS$95.7 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas atau SDR (AS$1.2 bilion), emas (AS$1.5 bilion) dan lain-lain rizab aset (AS$3 bilion).- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast