Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kekukuhan ekonomi negara bersandarkan kepada lapan faktor iaitu pertumbuhan yang mantap dan stabil.
KLCC mercu tanda Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Cuti hujung minggu dan sambutan perayaan Krismas hari ini disambut meriah di ibu negara.

Orang ramai memenuhi tempat-tempat tumpuan awam terutama di pusat beli-belah dan kawasam riadah.

Tinjauan MalaysiaGazette di Suria KLCC mendapati, orang ramai terutama pelancong asing memenuhi setiap ruang di pusat itu ekoran terdapat banyak tarikan.

Paling mengujakan, hiasan pokok-pokok krismas yang dipamerkan di ruang lobi dan perkarangan Suria KLCC mengindahkan pemandangan dan merancakkan suasana.

Seorang pelancong warga German yang mahu dikenali sebagai Peter, 52, berkata, meskipun menyambut Krismas di negara ini berseorangan diri tanpa keluarga, namun, dia tidak kisah kerana kemeriahan menyambut hari Natal tetap dirasai selepas berkunjung ke KLCC.

Temu bual dengan pelancong asing yang hanya mahu dikenali sebagai Peter. foto HAZROL ZAINAL, 25 DISEMBER 2017.

Katanya, dia dimaklumkan oleh rakan-rakannya yang pernah berkunjung ke Malaysia apabila memberitahu bahawa mana-mana sambutan perayaan yang diadakan di KLCC sangat meriah.

“Sebab itu saya datang ke sini untuk merasai semua itu dan kagum apabila khabar yang disampaikan itu benar,” katanya yang merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat di Petaling Jaya.

Seorang pengunjung, Mohd Hairuddin Abdullah, 38, memberitahu, dia mengambil keputusan untuk membawa keluarganya ke pusat beli-belah berkenaan ekoran menunaikan janji terhadap anak-anaknya sempena cuti sekolah.

Mohd. Hairuddin Abdullah,. foto HAZROL ZAINAL, 25 DISEMBER 2017.

Ujarnya, sejak dari pukul 11 pagi tadi beliau sekeluarga berada di KLCC dan rasa berat hati untuk pulang ekoran keseronokkan yang dirasai terutama anak-anaknya.

“Memang selalu saya bawa anak-anak saya terutama cuti hujung minggu.

“Tetapi hari ini berlainan sedikit tidak seperti biasa kerana suasana yang meriah lebih-lebih lagi ada sambutan perayaan Krismas yang cukup meriah,” ujarnya.

Bagi Farahbibijan Azali, 36, dia kagum dengan melihat dekorasi sebatang pokok Krismas yang besar yang diletak di pekarangan bangunan Suria KLCC.

Farah Bibijan Azali. foto HAZROL ZAINAL, 25 DISEMBER 2017.

Katanya, meskipun terdapat hiasan pokok-pokok krismas yang dipamer di lobi pusat beli-belah berkenaan, namun pokok gergasi yang diletak di luar bangunan itu lebih mengagumkan.

Sementara itu, seorang pelancong dari Iraq, Wisam Laith, 28, berkata, ini merupakan kali pertama dia dan isterinya datang ke Malaysia untuk meraikan ulang tahun perkahwinan yang kedua.

Wisam Laith. foto HAZROL ZAINAL, 25 DISEMBER 2017.

Katanya, dia mengakui merasa kagum melihat kemeriahan sambutan perayaan Krismas oleh rakyat di ibu kota yang diraikan oleh rakyat pelbagai kaum.

“Memang tepatlah keputusan kami untuk datang berbulan madu di sini kerana bukan sahaja selamat tetapi penyatuan masyarakat yang pelbagai bangsa diamalkan di Malaysia boleh menjadi contoh kepada negara-negara lain terutama negara bergolak,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast