Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan

KUALA LUMPUR – Pas menzahirkan rasa dukacita dan takziah kepada ahli keluarga dan saudara mara serta sahabat handai Allahyarham Sasterawan Negara (SN) Profesor Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi di Hospital KPJ Kajang.

Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada negara khususnya dalam bidang kesusasteraan kerana beliau adalah seorang sasterawan yang prolifik di negara ini.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini berkata, Allahyarham Shahnon pernah menyumbang tenaga dan buah fikirnya kepada parti itu sebelum ini menyandang tugas sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Sik, Kedah pada tahun 1999.

“Semoga Allah mengampuni dan merahmati Allahyarham serta menghimpunkan rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Dr. Shahnon dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Kajang sejak empat hari lalu kerana mengalami masalah Pneumonia dan menghambuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.30 pagi ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast